Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Friday, November 8, 2013

Puding Roti bersos kastard



ahahhaa.. masuk harini 2 resipi masuk dalam webby...
sebelum ni bersarang..
Rasa cam ada mood nak buat puding roti lah.. :)


Bahan-Bahan:
roti potong 4 lebih kurang 6-8 keping
Susu cair
Gula secukup rasa
Mentega/Butter
 Secubit garam
esen vanila
2 biji telur
Choco chips (kalu nk letak)

Sos kastard:
Susu cair
Gula
Tepung kastard
air

Cara:
Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam nak bakar dalam oven pun bleh. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Sos kastard
panaskan susu cair and campurkan tepung kastard with air.. then panaskan.. masukkan gula...
rasa cam dah bergumpal and kekuningkuningan angkat...
then, curah atas puting roti tersebut..
Tangkap leleh.. :) 

Sambal Bilis Tempoyak

Nasi lemak selalunya dimakan bersama-sama kuah sambal ikan bilis/sotong/udang etc...
Harini moodku untuk makan adalah kureng sbb sakit tekak and selesema agak tak best utk makan..
so, anak2 request nasi lemak.. pagi tadi bibik dah tolong buatkan the sambal for them...
so... seperti biasa.. ummi mmg nak gak masak sendiri.. nak masak sambal ikan bilis dah terbuat tadi ole bibik.. so apa lagi....
mari kita membuat Sambal Bilis Tempoyak....
Dah alang alang tempoyak Arwah Mek ada lagi...(sememangnya tempoyak mek sedap tanpa ada tandingan, lepas ni takde dah pembekal tempoyak, Kalu kami sekeluarga balik kelantan and musim durian, mmg beliau membekalkan tempoyak kepada kami sbb tahu anak and menantunya suka tempoyak.. Alfatihah) So gunakan sebaik baiknya...

Resipi di ambil dr sini.... Tq Dapur ibundo... Menjadi masakanku...

Bahan-Bahan

10 biji cili api
3 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
1 senduk tempoyak (lebih pun tak apa)
1 sudu jus limau/lemon
garam dan sedikit gula

Resipi

Cili api dan cili merah diblender (kat rumah mmg ada bawang and halia dah siap dibleng untuk senang masak)
Bawang dihiris
Ikan bilis ditumbuk kasar
Panaskan minyak.  Tumis bawang putih. Bila naik bau, tumis bawang merah.
Masukkan cili. Goreng sampai masak.
Masukkan ikan bilis.
Masukkan tempoyak, jus lemon, garam dan sedikit gula.( aku tak letak jus lemon sbb takde, so guna cuka jelah)
Goreng sehingga masak dan rasa sebati.

Memang sedap sehingga menjilat jari... Malam ni mmg dah plan.. nak makan sambal cicah roti.. :) meletopp...

Friday, September 9, 2011

teringin nak buat Mee bandung esok...

Esok cuti.. rasa2 nak masaklah..
Nampak cam sedap and nak try..
Resipi dia diambil dr Sinar Kehidupan . Tq.

Mee Bandung

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ini saya masak mee bandung perantau. Rasanya dah lama tak makan mee bandung. Rasanya ramai kawan2 di luar sana pun dah tahu masak mee ini...tapi di sini saya ingin kongsi bersama resepi yg sememangnya mudah dan sedap.



Bahan-bahan:
* Mee kuning- dbasuh dan di celur sekejap(saya guna spaghetti je..)
* 5 sudu besar cili kisar(lada kering)
* 4 ulas bawang putih - dikisar
* 1 biji bawang besar - dikisar
* 5 sudu besar udang kering - dikisar
* 1 inci halia -di kisar
* 2 btng serai- di titik
* 2 biji kentang di rebus dan di lecek-utk pekatkan kuah

* 1 cawan udang basah
* 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
* 1/2 cwn sos cili
* 1/2 cwn sos tomato
* 4 biji telurTelur - rebus berasingan iaitu pecahkan dalam air panas dngn api sederhana
* 1 cwn kacang tanah digoreng ~ ditumbuk halus
* 4 cwn air
* Garam dan gula secukup rasa.
* 1 pokok sayur sawi-di celur sekejap
* 2 biji tomato biji
* Bawang goreng dan daun bawang serta hirisan limau kasturi- sebagai hiasan

Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan- bahan yang dikisar serta serai sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacang tanah dan air rebusan daging dan biar seketika.
  3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan kuah sehingga pekat.
  4. Masukkan kentang yg di lecek tadi dan gaul sebati.
  5. Masukkan udang, daging rebus dan kacau sebati. Masukkan buah tomato tadi. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah di hidangkan.
Cara hidangan:
  1. Masukkan sedikit mee yg telah di celur kedalam mangkuk.
  2. Letak sawi dan telur... tuangkan kuah di atas mee tadi.
  3. Taburkan daun bawang dan bawang goreng serta letakkan hirisan limau.
  4. Setelah siap, bolehlah di makan.

Monday, August 8, 2011

Ramadhan dan resipi mesti dicuba

SAlam,
Baru 2 weeks after operation... I must not take or consume seafood n bende yg gatal.. and right now tgh2 blog hopping, tetiba ternampaklah resipi seperti dibawah ni... Wish to buat it... sbb nampak senang... boleh cuba....
Mana tahu menjadi.. :)


Bahan-bahan :


  • 1 bungkus biskut marie 
  • 500 gm milo 
  • 1 tin susu cair 
  • 1 paket buttercup 250gm
  • 1 cawan gula 
  • 5 biji telur

Cara-cara : 

  • Panaskan kuali dan masukkan buttercup hingga cair.Masukkan gula dan kacau hingga cair selepas itu masukkan telur yang telah dikepuk biasa dan susu cair. 
  • Masukkan milo dan kacau hingga pekat akhir sekali masukkan biskut marie yang telah dipatahkan.Gaul dan masukkan kle dalam loyang tekan hingga padat serta sejukkan. 
  • Potong biskut mengikut saiz biskut dan hidangkan sejuk.

Klah.. nak msg hubby suh balik kerja beli barang2 yg takde sbb nak buat and makan harini gak.. :)

Friday, January 2, 2009

Kurutuk recipe

Today wanna share a resipi of "Kerutuk" (Kelantanese dish)

Daging
buah pelaga
bawang besar
bawang putih
kulit kayu manis
rempah kerutuk
santan
air

1. Tumiskan all the buat pelaga, bawang besar bawang putih and kulit kayu manis hingga crunchy and naik bau
2. masukkan rempah kerutuk yang telah dicampur dengan sedikit air ke dalam masakan
3. Masukkan daging/ayam/etc ke dalam masakan tadi dan gaul sampai rata dan kuar air daging
4. Biarkan sampai daging telah bercampur rata dengan rempah kerutuk tadi dan masukkan santan
5. Biarkan sampai masak dan angkat
6. sedia untuk dimakan..:)YUmmy...