Thursday, May 28, 2009

Family Evolution

Salahsilah keluarga...
Ingat lagikah kita masa zaman ting 1 dulu kena buat satu scapbook berkenaan 'salasilah keluarga'? Sememangnya aktiviti ini dulu mmg berguna dan ianya mengeratkan lagi hubunganku dengan Arwah ayahku. Malahan Arwah ayahku ada meminta aku supaya membuat satu web berkenaan salasilah family kami (dan sekarang telah kukotakannya setelah Abah tiada)
Bagi org agama Islam, mengenali susur galur keluarga atau salasilah keluarga merupakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Sehubungan dengan ini, pelajaran anak-anak di sekolah telah pun diperkenalkan subjek seperti Kajian Tempatan agar pelajar diajar mencari untuk mengenali salasilah keluarga. Biasanya pada umur muda ini ketika datuk dan/atau nenek masing-masing masih ada (hidup), eloklah bertanya siapakah nama penuh ayah mereka, nama penuh ibu mereka dan seterusnya bertanya nama penuh moyang mereka jika masih ingat untuk kedua-dua pihak sebelah ayah dan sebelah ibu masing-masing.

Umumnya, seseorang akan mengingati nama sehingga datuk dan nenek mereka. Jika maklumat keluarga ini diperturunkan, bayangkan bahawa anda akan mengetahui keturunan anda sekurang-kurangnya sehingga empat (4) generasi sebelumnya iaitu ANDA bin/binti AYAH bin DATUK bin MOYANG bin ???. Jika setiap seorang mengetahui empat (4) generasi kebelakang, maka seorang anak akan mengetahui sekurang-kurangnya tujuh (7) generasi ke belakang.
Bayangkan jika keturunan anda direkodkan sebagai salasilah. Bagi yang beragama Islam, anda telah pun mengikuti sebahagian daripada sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Saya hanya mengenal 3 keturunan ayah sahaja.. dan akan bercerita kepada anak2 mengenai nama atuk2 dan moyang mereka.. saya juga akan memastikan mereka tidak lupa diri dengan keturunan mereka, walaupun setinggi mana mereka berkedudukan...InshaAllah, dengan adanya salasilah ini, kita dapat mengenal siapakah kita sebenarnya dan sentiasa berpijak dibumi yang nyata...
Oleh itu kengkawan.. silalah mengenali dan buat research berkenaan salasilah anda.

No comments: